Posts

Showing posts from March, 2016

Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua

Image
Rusia, 31 Mac - Satu gambar selfie, yang memaparkan seorang wanita bertudung berselfie dengan seorang lelaki berkacamata kini menarik perhatian satu dunia.
Jika dilihat secara teliti ada yang tidak kena di gambar tersebut dimana refleksi wanita tersebut tidak tepat dengan 'hukum refleksi'.
Gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG.

Gambar itu kemudiannya menjadi bahan berita dari akhbar antarabangsa dari Rusia, RT.comyang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.
Selain dari RT.com, gambar tersebut turut mendapat perhatian dari portal berita Singapura,Stomp, portal hiburan dari California, Uproxx, portal Metro.co.uk dan juga portal abplive.
Gambar itu juga turut diterbitkan oleh portal berita Georgia dan dikongsi di Twitter dan juga Reddit.
#Kalau berselfie biarlah sampai ke Rusia
Sumber: siakapkeli

Budak Ini Biadap & Tidak Cerdik – Anak Zahid Hamidi Dikecam Kesatuan Anak Kapal

Image
Beberapa hari yang lepas Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan netizen apabila memuat naik satu gambar di instagram dengan caption yang agak ‘pedas’.


Berikutan itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri itu susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS). MAS bapak mahal! Pramugari pun dah tua-tua…
‘Budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik’ – Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam)“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya. Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah. Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta menggur…

Majlis Kahwin Serba Ringkas Pembaca Berita TV9 Jadi Viral

Image
SIAPA kata, mahu melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan wajib memerlukan sejumlah peruntukan yang besar? Pembaca berita sambilan TV9, Fadhil Mohamad Isa, 32, dan pasangannya Siti Norazlin Salim ini telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mengadakan kenduri kahwin yang murah. Pasangan yang disatukan pada Oktober tahun lalu ini memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dengan cara yang ringkas iaitu tanpa pelamin indah, barangan hantaran serta persalinan mewah. Apa yang lebih menarik, pasangan yang diijab kabul di sebuah masjid di Kuala Lumpur ini menyajikan keluarga dan sahabat mereka dengan jamuan makan di sebuah restoran yang hanya menelan kos RM500. Menurut Fadhil, dia dan isterinya memilih untuk mengadakan majlis yang ringkas kerana tidak mahu membazir walaupun sebenarnya mempunyai kemampuan. “Bukan saya tak ada duit untuk buat majlis, duit simpanan saya melebihi cukup untuk buat majlis besar-besaran tetapi, kami pilih kahwin serba ringkas dan bersederhana selain be…

Cikgu Cuba Rogol Pelajar Di Sekolah Tinggi Taiping

Image
CHINA - Seorang guru dirakam cuba merogol seorang pelajar perempuan pada Isnin lalu.
Dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Taiping, Guangxi itu, mangsa berdepan detik hitam apabila guru terbabit, Huo, 30, dalam keadaan tanpa seurat benang bertindak memeluknya di kawasan sekolah pada waktu rehat.
Tindakan guru terbabit mengejutkan beberapa pelajar lain di tempat kejadian sebelum mangsa berjaya diselamatkan oleh guru sekolah tersebut. 
Lapor The Sun, Huo mengalami gangguan mental semenjak 2011. Bagaimanapun Huo sembuh selepas dua thaun menjalani rawatan dan dibenarkan untuk bertugas semula. Pihak sekolah hanya membenarkan Huo bertugas di makmal dan tidak dibenarkan mengajar. 
Sementara itu mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. - PIXEL MEDIA

'Saya Difitnah Oleh Pengadu!' - Betik Fotografi

Image
Saya difitnah. Setelah dirujuk, company Betik Photography yang telah diviralkan oleh pelanggan bernama Dolce Athirah. Beliau merupakan pelanggan saya pada majlis bulan Januari. 
Saya berniaga dengan amanah. Kalau tak, saya tak travel jauh-jauh. Customer salah faham dengan saya. Dia lost contact sebab format phone dan tak dapat contact saya. Sepupu customer juga adalah customer saya yang lepas dan beliau tiada masalah dengan saya. 
Beliau telah book saya pada tahun lepas dengan bayaran booking RM50 sahaja, sedangkan duit booking asal adalah RM100. Baki RM50 telah ditangguh bayarannya selama lebih setahun dengan alasan majlis ditangguhkan.
BACA - 'PHOTOGRAPHER SETAN!' - DOLCE ATHIRAH
Beliau juga telah membayar 40% dari harga pakej, sedangkan perlu membayar sekurang-kurangnya 80%. Itu pun bayar lambat. 
Selepas majlis resepsi di Dungun pada Januari lalu, belia berhajat untuk book majlis bertandang pada 27 Februari di Petaling Jaya. Jadi, pihak kami hold dulu proses printing album seba…

Gigi Anda Berlubang ?? Jangan Segera Di Tambal Apalagi Di Cabut, Ternyata Ini Yang Harus Di Lakukan..

Image
Di masa lalu, saat ada orang yang mengalami karies atau gigi berlubang, sebagian besar akan disarankan untuk dilakukan pencabutan sebagai solusi.

Teknologi terkini justru sebaliknya.
Dokter gigi (Drg) Stephanie Hadiyanto dari RS Elisabeth Semarang mengatakan, berdasarkan teknologi kedokteran paling baru, gigi justru sebaiknya dipertahankan selama mungkin di dalam rongga mulut.

Tujuannya untuk menghindari efek samping dari mencabut gigi.

"Karena banyak yang setelah gigi dicabut, dibiarkan begitu saja, tidak diganti atau ditambal," ungkap Drg Stephanie kepada Tribun Jateng.Saat lubang bekas gigi dibiarkan terbuka, gigi sebelah yang aktif akan bergeser
mengisi ruang yang kosong.

Selain itu gigi antagonis bagian atas akan bertambah panjang.

Ini terjadi karena sifat gigi saat dipakai untuk menguyah makanan akan mencari antagonisnya.Pergeseran atau pemanjangan gigi, secara estetika akan mengurangi keindahan gigi.


Karena itulah jika kerusakan mahkota gigi maksimal sampai 3/4 perse…

Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Nyanyi 1 Lagu?

Image
"Nyanyi dengan suara malas camtu pun boleh dapat RM80,000? Biar betul?!" demikianlah pandangan yang dilontarkan oleh seorang forumer di mForum Cari.
Menurut forumer Cabai99, dia terkejut bilamana mendapat tahu penyanyi Yuna menerima bayaran RM80,000 untuk nyanyikan sebuah lagu. 
"Terperanjat saya dengar payment yang Yuna dapat. Satu lagu dia dapat RM80,000! Dengan 'suara pemalas' itu? Pada saya, tak berbaloi langsung harga dengan suara begitu.
"Shila Hamzah pula saya dengar dapat RM50,000 untuk satu lagu. Tetapi sekurang-kurangnya dia femes juga di China. Yang Yuna ini, macam suam-suam kuku saja," katanya. 
Namun, forumer yang lain menjelaskan bahawa cara nyanyian Yuna itu bukan suara malas, tetapi attitude dalam nyanyian. 

"The fact yang dia dapat RM80,000 untuk satu lagu itu membuktikan bahawa dia bukan suam-suam kuku. Dia dah collab dengan Pharrel dan berduet dengan Usher. Belum ada lagi artis Malaysia yang mencapai tahap itu.
"Memanglah dia tid…

Wow! Dato Vida Shopping Di Chanel 12 Tengah Malam

Image
KALAU sudah bergelar jutawan itu, hendak berbelanja sakan tanpa perlu melihat tanda harga adalah satu kepuasan buat seseorang individu.
Bilakah kita-kita semua nak merasa sebegitu kan? Harus lebih kuat bekerja lagi agar kita dapat mencontohi usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Vida. Menerusi Instagram, beliau berkongsikan sebuah video memaparkan dirinya sedang bershopping sakan di butik barangan jenama mewah, Chanel di pusat beli-belah Suria KLCC pada jam 12 tengah malam, semalam. Waktu operasi di Suria KLCC adalah sehingga jam 10 malam sahaja, tetapi apabila seorang pelanggan tetap seperti Dato’ Vida mahu shopping itu jam juga, haruslah mereka buka untuk penuhi permintaan beliau. – MYNEWSHUB.CC

Pakai Telekung Tanpa Seluar Dalam Ketika Dicekup ‘Beromen’

Image
KUANTAN – Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.

Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.

Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.



Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.

“Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun be…

'Photographer Setan!' - Dolce Athirah

Image
Siapa yang buat photoshoot dengan dia ini, harap bersabar. Saya punya gambar kahwin dah dekat 3 bulan pun masih tak dapat lagi.

Bila saya cuba menghubungi dia, langsung tidak dijawab. Bila hantar mesej melalui WhatsApp, langsung tak dibalas.

Mula-mula saya tengok dia, bukan main baik lagi datang kenduri sembahyang bagai. Tetapi perangai seperti setan!

Entah berapa ramai pasangan yang telah ditipu oleh lelaki ini. Kalau saya jumpa dia depan mata, memang tak cakap banyak dah.

Patutlah di Facebook dan WhatsApp dia tak letak gambar. Rupa-rupanya dia penipu!

Yang masih tak dapat lagi album kahwin mereka, sama-samalah kita mencari lelaki yang berperangai syaitan ini.

Sudahlah buat pembayaran penuh, tetapi dibuatnya pelanggan macam tunggul kayu. Kahwin sekali saja kot? Tetapi dia buat main-main dengan album kahwin. Beruk betul! - Dolce Athirah | PIXEL MEDIA

Baca cerita susulan dari kes ini: 'Saya Difitnah Oleh Pengadu!' - Betik Fotografi


Tak Sampai Setengah Jam Kahwin Dah Diceraikan Talak 3 Gara-Gara Duit Hantaran..Sadis!

Image
Dalam perkahwinan ni bab yang paling susah untuk dipenuhi ialah soal duit untuk hantaran dan belanja kahwin. Yela, belanja kahwin zaman sekarang ni bukannya murah, nak kena sediakan barang-barang hantaran lagi, sewa pelamin, mak andam, jurugambar, kad jemputan, bunga telur, sewa kanopi, catering… Banyak lagi lah. Pihak lelaki pula buat hal tak dapat sediakan wang hantaran secukup, memang mengamukla pihak perempuan. Hurm. Seperti apa yang pernah dilalui jurugambar perkahwinan ini sangat memeranjatkan, katanya perkara ini berlaku depan matanya sendiri. Diceraikan talak 3 gara-gara…. Si lelaki setuju dengan mas kahwin RM 22,222.22 -sekadar gambar hiasan- Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku dulu. Mas hantaran kawen mak ayah pompuan ni letak rm22,222.22. Mmg mahal gile…tapi si laki ni setuju. Aku tgk pon laki ni bukan calang2 org gak. So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak sab…

Gempar!! VIDEO Guru Bogel Kejutkan Ramai Cuba Rogol Pelajar Comel, Lihat Apa Yang BERLAKU Seterusnya...

Image
Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Guangxi mengejutkan ramai apabila dia berbogel dan cuba merogol salah seorang pelajar di situ, dalam kejadian yang berlaku pada waktu persekolahan.
Guru terbabit dikenali sebagai Huo, 30, dan dilaporkan mengalami masalah mental. Pelajar yang cuba dirogolnya itu berjaya diselamatkan oleh guru-guru lain di sekolah berkenaan dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut polis, Huo sebelum ini menerima rawatan sakit jiwa pada 2011 dan dua tahun selepas itu, dia disahkan sihat dan boleh kembali meneruskan tugas. Bagaimanapun pihak sekolah meletakkan Huo untuk bertugas di dalam makmal sahaja dan dia tidak dibenarkan mengajar. Sepanjang lima tahun ini,Huo berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. Susulan insiden berkenaan, pihak sekolah telah menghubungi polis dan keluarganya. Dia juga dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan. – infocapayam

'Alang² Semua Di Sini, Saya Ceraikan Awak Dengan Talak 3'

Image
Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu. 
Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya. 
Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad. 
Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising. 
"Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!"
Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup. 
"Apsal tak cukup RM1,000?" tanyanya.
Pihak sebelah p…