Sayu, Setelah bertarung nyawa akhirnya dia pergi ikut jejak isteri dan anaknya (6 Gambar)





GUA MUSANG : Jenazah 3 sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Perasu Gua Musang hari ini.

Dalam kejadian petang semalam sepasang suami isteri bersama bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang membawa muatan kayu balak di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Paloh 1, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, bayi berkenaan Mohd. Firas Ziyad, yang berada dalam pangkuan ibunya Faizah Mohd. Nor, 28, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.












Manakala bapanya, Mohamad Zahiruddin Hadi, 24, yang mengalami kecederaan pada kepala meninggal dunia di Hospital Gua Musang sekitar 8.30 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan lebih 12 jam di Hospital Gua Musang.

Faizah merupakan kakitangan Pejabat Felda Wilayah Gua Musang, manakala suaminya adalah anggota Polis Bantuan Felda di sini.

Tiga beranak berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kuaters Felda Taman Wangi di sini selepas menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Faizah yang berlangsung di Pulau Condong, Kota Bharu pada Jumaat lalu. - K! ONLINE

Popular posts from this blog

Korang Pasti Tak Sangka Bila Baca Biodata Ungku Hariz (Suami Jihan)

[VIDEO] Dia Masuk Hospital Akibat ‘Berseronok’ Dengan Batang Ubi

Gambar: Perbuatan Dan Sikap Sultan Kelantan Yang Takkan Di Paparkan Dalam TV