KPN Arah Ceramah Dr Zakir Naik Di UTeM 17 April Ini Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Penceramah agama terkenal dunia, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan akan memberikan ucapan dan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini terpaksa dibatalkan, Lapor Astro Awani.



Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan pembatalan itu kerana menurutnya pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan berkenaan turut dimuatnaik oleh Khalid di laman Twitternya.

Dr Zakir yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, dijangka menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Sebelum ini Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) telah meminta pihak berkuasa untuk menghalang Tokoh perbandingan agama ini datang ke Malaysia kerana kata mereka Dr Zakir Naik adalah virus kepada masyarakat berbilang kaum.

BACA: "Jika Nak Bantah Ceramah Dr Zakir Naik, Datang Ke Majlis Cara Intelek," Pesan Dr Asri Kepada Hindraf

Selain itu, Pemuda MIC Malaysia telah membuat laporan polis di seluruh negara untuk menghalang Dr Zakir daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Selain itu, menurut Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh, mereka juga kini mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

“Zakir Naik terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain,” ujarnya.

Semalam, Dr Zakir Naik telah menghadiri ceramah di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' di Stadium Tertutup Gong Badak yang dihadikir kira-kira 30,000 orang. - Siakapkeli.my

Popular posts from this blog

Korang Pasti Tak Sangka Bila Baca Biodata Ungku Hariz (Suami Jihan)

Gambar: Perbuatan Dan Sikap Sultan Kelantan Yang Takkan Di Paparkan Dalam TV

[VIDEO] Dia Masuk Hospital Akibat ‘Berseronok’ Dengan Batang Ubi