PAKAR SAHKAN WAKTU PALING 'SEDAP' UNTUK BERSETUBUH ADALAH PADA...



SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan sesi hubungan intim yang memberikan kepuasan pada tahap maksimum dan 'syok' setiap kali mereka bersama.

Dan tahukah anda, mengambil kira waktu atau masa yang sesuai sebelum mengadakan hubungan seks adalah penting bagi menjamin kepuasan pasangan masing-masing.

Menurut seorang pakar hormon, waktu terbaik atau ‘menghairahkan’ untuk melakukan hubungan seks adalah pada jam 3 petang, dimana pada masa itu wanita dikatakan lebih peka dan bertenaga kerana tahap hormon kortisol adalah lebih tinggi, manakala lelaki mengalami lonjakan hormon estrogen yang membuatkan mereka lebih beremosi apabila mengadakan hubungan seks.

Menurut laporan Mail Online, kajian tersebut dijalankan oleh Alisa Vitti yang mendapati keseronokan maksimum bagi setiap pasangan yang berbeza jantina (lelaki dan perempuan) dalam melakukan hubungan seks.

Bagi mencapai tahap kepuasan itu, setiap pasangan disarankan supaya merancang sedikit masa memandangkan kebanyakkan daripada mereka bekerja pada waktu itu.

Namun, Alisa menjelaskan bahawa lelaki lebih menikmati kepuasan seks pada sebelah pagi kerana hormon testosteron mereka berada pada tahap kemuncak dan akan beransur turun sepanjang hari tersebut.

Bagaimanapun, Alisa menegaskan bahawa wanita akan lebih ‘bernafsu’ pada waktu petang iaitu sekitar jam 3 petang.

Sementara itu, bagi golongan gay atau lesbian, pasangan ini akan lebih mendapat manfaat dan lebih menikmati setiap kali melakukan hubungan seks memandangkan kedua-dua mereka mempunyai persamaan waktu.